Thursday, 25 May 2017

WARONG KAMBING GOLEK : BUKAN SEKADAR KAMBING GOLEK


PEKEJ INFAQ RAMADHAN

Warong Kambing Golek : Buka Sekadar Kambing Golek

Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang berniat dan berhajat untuk menaja jamuan berbuka puasa bagi anak2 yatim, sekolah tahfidz, rumah kebajikan, surau dan masjid kami ada menyediakan Pekej Berbuka & Sahur dengan harga yang sangat berbaloi.

.

PEKEJ RM6.50

MENU :
Nasi Ayam Golek
Sup
Salad
Kurma
Buah-buahan
2 jenis kuih
Air panas
Air sejuk

.

Minimum 100 pax ( boleh dipecah kepada beberapa tempat )

.

Hubungi :
012-7123559
013-7601687

.

SET KAMBING GOLEK / PANGGANG : RM10.00 / SET
*SET AYAM GOLEK 1 EKOR : RM20.00
*SET AYAM GOLEK 1/4 EKOR : RM6.50



* termasuk nasi, salad / coleslaw, sup dan sos




SET KAMBING GOLEK : RM10.00


SET AYAM GOLEK : RM20.00 (1 EKOR )
SET AYAM GOLEK : RM6.50 ( 1/4 EKOR )

Wednesday, 24 May 2017

PEKEJ MENGUNJUNG :PROMOSI RAMADHAN & SYAWAL : BELI 10 PERCUMA 1

PROMOSI RAMADHAN & SYAWAL : BELI 10 PERCUMA 1

Tradisi "mengunjung" adalah satu amalan memberi makanan kepada jiran tetangga atau saudara mara 
sebagai salah satu cara mengeratkan hubungan kemesraan dan silaturrohim. Ia telah lama 
diamalkan oleh masyarakat dari Johor, Selangor dan Perak terutama yang berketurunan Jawa.

Sempena Ramadhan & Syawal yang bakal tiba ini, kami menyediakan  " PEKEJ MENGUNJUNG ".
AYAM GOLEK & KAMBING GOLEK





PEKEJ RAMADHAN & SYAWAL.

KAMBING GOLEK
RM10/SET



PEKEJ AYAM GOLEK

RM20.00
1 EKOR AYAM
NASI
SUP
SOS
SALAD / COLESLAW

RM6.50
1/4 EKOR AYAM
NASI
SUP
SOS
SALAD / COLESLAW


TEMPAHAN :
012-7123559
013-7601687
Penghantaran Terus ke Pintu Rumah Anda!!!
( cas penghantaran rm3 utk 5 km radius )
Kawasan Liputan :
SELURUH BANDAR BATU PAHAT &
KAWASAN SEKITARNYA

Monday, 15 May 2017

KAMBING GOLEK BATU PAHAT

Assalamu'alaikum buat seluruh warga Batu Pahat khususnya dan seluruh kaum muslimin amnya.



Sepanjang Bulan Ramadhan ini, Kambing Golek Batu Pahat akan beroperasi di Warung Lorong Hj Atan Peserai ( sebaris Shell Peserai )
SET KAMBING BAKAR.
Harga : RM10 / Set
- daging kambing bakar
- homemade bbq n grill sauce
- coleslaw
- salad / mashed potato
Khidmat penghantaran terus ke rumah juga disediakan ( cas rm3 - rm5 )
Memandangkan Warong kami berhampiran dengan Bazaar Ramadhan Kg Muhibbah Peserai, pelanggan juga boleh menggunakan Khidmat Penghantaran kami bagi membeli juadah berbuka seperti Air Kathira, Murtabak, Ayam Percik dan lain2.
Urusniaga bermula jam 3 petang sehingga 10 minit sebelum azan Maghrib.
Pertanyaan & Tempahan ( whatsapp / call )
012-7123559
013-7601687
PENGGOLEKJALANAN.BLOGSPOT





Tuesday, 9 May 2017

MUDAHNYA MEMASAK : SIAKAP MASAK MERAH BERMADU

Assalamualaikum semua...

Entry kali ni adalah untuk orang yang nak belajar memasak dengan cara yang paling simple, murah, mudah tetapi sedap yaaaaa amatttt.....

Disini aku senaraikan barangan asas yang wajib ada disetiap rumah :

1. Sos Tomato
2. Sos Cili
3. Sos Tiram
4. Rempah Tumis
5. Garam
6. Gula
7. Bawang Putih
8. Bawang Besar
9. Halia
10. Serbuk Kunyit
11. Cili Padi
12. Minyak Masak
Bahan2 asas ini sama sahaja tak kira samada di restoran2 atau dikedai2 makan biasa. Beza cuma pada jenama yang digunakan.

Setiap masakan tidak akan dapat lari dari menggunakan  bahan asas tersebut. Dari nasi goreng, mee goreng, masak tiga rasa, masak merah, sup, kari atau apa sahaja yang biasa kita jumpa di kedai2 makan, ini lah juga bahan asasnya.

Jika kita memiliki bahan2 asas ini, bermakna didalam rumah kita sudah ada kedai makan sendiri.

Memasak ini simple. Dalam masakan cuma perlu ada rasa PEDAS, MASAM & MANIS yang seimbang.

Baiklah, dengan menggunakan bahan2 diatas, aku kongsikan satu resepi dulu.


Ikan Siakap Masak Merah Bermadu.

Saiz Hidangan : 5 orang


Kos : RM15
Masa Penyediaan : 20 minit

Bahan-bahannya :


1 ekor ikan siakap saiz sederhana ( 600 gram ) - dibersihkan dan digoreng


Rempah Tumis


Halia 2 inci
Bawang Putih 1 biji
Bawang Besar 2 biji
Cili Boh 3 sudu
Sos Tomato 5 sudu
Gula 2 sudu

Minyak Masak


Cara Penyediaan :

Kisar kesemua bahan kecuali minyak, rempah tumis dan ikan...hihihihi
Panaskan minyak dan masukkan kesemua bahan kisar dan rempah tumis.
Tumis sehingga agak pekat.
Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.

Curahkan keatas ikan yang digoreng tadi.

Siap untuk dihidang.


Mudah Bukan ??

Kalau nak poyo dan acah2 terer masak untuk ambik gambar dan post dalam FB hias la cantik2 sikit. Letak hirisan bawang besar. Letak hirisan limau nipis. Letak potongan daun sup dan daun ketumbar. Potong lada besar sikit dan susun ikut kretif.

Ikan tu pulak tak semestinya ikan siakap. Boleh jee nak guna ikan kembung ke, selar ke, talapia ke, udang & sotong pun boleh....toksah kalut.

Alaaaa Ahmad Maslan boleh je susun timun keliling kuali masa goreng nasik...tak kan korang tak boleh kot....hahahahah

Mana datang bermadu tu..?

Alaaahhh... tu eksen je...mana ada orang masak letak madu...asal manis sikit je dah cakap bermadu...padahal gula je....korang semua dah kene tipu dengan kedai makan sebenarnya...hahahaha

Ok selamat mencuba.

Jangan lupa LIKE page FB - Kambing Golek Batu Pahat yea....daaaaaaaa!








SOTONG & UDANG SAMBAL

Menu hari ini - Sotong & Udang Sambal


Korang mesti tak percaya kalau aku cakap aku tak pandai Masak Lemak Cili Padi.😋😋

Dah berpuluh percubaan aku buat tapi masih tetap tak menjadi. Sekejap cair sekejap tawar. Ada masa santan pulak bergentel2.......

Aduhhh...memang failed. Dah berapa ramai orang ajar aku buat walaupun dengan cara yang paling simple, tapi tak jadi jugak.

Gordon Ramsey pun sampai unfriend aku...

Adakah ini petanda aku nak kawen dgn org nismilan? ( ohhh tidak...off topic )

Resepi ni adalah all time favourite aku...simple dan sedap. Semua org boleh buat. Yang jenis kayu tak pernah kenal senduk pon boleh buat....hahahaaa..


1 Kg Sotong atau Udang Saiz Sederhana


1) Bahan-bahan di kisar:


Cili boh :  5 sudu
Tomato :  2 Bijik
Halia : 2 ibujari
Bawang Putih : 1 labu
Bawang Kecik : 5 biji
Bawang Besar : 2 biji ( satu kisar satu buat hiasan )

Gula
Garam
Air



2) Bahan Hiasan :



Daun Sup
Daun Ketumbar
Bawang Besar
Limau Kasturi



Cara Memasak :



Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak
Masukkan semua bahan kisar. Goreng 5 Minit
Masukkan Sotong atau Udang dan tutup kuali 5 minit.
Sedia untuk dihidang


Mudah bukan...?
lepas ni jangan cakap masak tu susah yea..heheh

ANGGARAN KOS PENYEDIAAN +- RM30.00

MASA PENYEDIAAN : 20 MINIT
SAIZ HIDANGAN : 5 ORANG





Wednesday, 3 May 2017

BNM Tidak Iktiraf FOREX Atas Talian


BNM Tidak Beri Lesen FOREX

Seperti yang telah diketahui umum bahawa pihak Bank Negara Malaysia mahupun SC dan Bursa Malaysia tidak pernah mengeluarkan lesen untuk mana-mana syarikat atau individu didalam Malaysia untuk berdagang Tukaran Matawang Asing.

Jika ada pihak yang mendakwa mereka adalah Syarikat Malaysia yang menjalankan urusniaga Tukaran Matawang Asing terutama secara atas talian ( on line trading ) , maka berhati-hatilah.

Broker2 Forex yang ada di Malaysia ini kebanyakkannya berpengkalan di luar negara. Mereka tidak pernah berdaftar dan tidak mempunyai lesen untuk berdagang di Malaysia. Mereka adalah syarikat2 luar negara yang menjalankan operasi perdagangan secara on line dimana ia adalah perniagaan yang sah disisi undang-undang negara mereka.

Ringkasnya begini :

Abu membuka syarikat di Malaysia. Perniagaan Abu didaftarkan secara sah di Malaysia. Syarikat Abu juga menjalankan perniagaan atas talian yang sah disisi undang-undang Malaysia. Memandangkan perniagaan atas talian ini tidak mempunyai sempadan, sesiapa sahaja di dunia ini bebas berurusan seperti membeli dan menjual atau melabur didalam syarikat Abu, Mereka yang berurusan luar dari Malaysia ini di panggil Foreign Investor ( pelabur asing ). Mereka perlulah bersetuju dengan syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat Abu dan tertakluk atas undang-undang di Malaysia, bukan undang2 negara mereka.

Begitu juga dengan syarikat-syarikat forex atau lain-lain syarikat yang beroperasi secara atas talian yang beroperasi diluar negara. Perniagaan mereka adalah sah disisi undang-undang negara mereka ( jika menepati syarat2 nya ) .Walaubagaimanapun ini tidak menghalang orang luar dari berurusan dengan syarikat2 ini asal sahaja mereka bersetuju dengan syarat dan terma yang telah ditetapkan. Termasuklah rakyat Malaysia juga. Mereka ini ( rakyat Malaysia ) adalah foreign investor kepada syarikat luar negara tersebut.

Tetapi jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini ( seperti penamatan operasi misalnya ) rakyat Malaysia ini tidak berhak untuk mengambil tindakkan undang-undang kepada syarikat yang beroperasi di luar dari Malaysia sebab mereka bukan syarikat Malaysia dan  tidak didaftarkan di Malayasi. Mereka tidak tertakluk atas undang-undang Malaysia. Mereka syarikat luar dan mereka hanya tertakluk dibawah undang-undang negara dimana syarikat mereka didaftarkan.

Memang benarlah BNM tidak pernah memberikan lesen Forex kepada mana-mana syarikat di Malaysia ini. Jika ada syarikat2 forex yang mendakwa mereka adalah syarikat forex yang sah di Malaysia, berhati-hatilah. Apa yang ada di Malaysia ini hanyalah wakil kepada syarikat2 forex tersebut.

Sebelum membuat sebarang pelaburan atau menyertai syarikat2 ini, pastikan mereka berdaftar secara sah di negara mereka. Mereka perlulah mempunyai lesen yang sah ( regulated broker ). Mempunyai ibupejabat operasi ( alamat syarikat yang sah ) dan di iktiraf oleh kebanyakkan negara didunia.

Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis broker2 haram yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi yang ada sekarang. Perniagaan dan pelaburan atas talian ini amat baru bagi rakyat Malaysia tetapi tidak bagi negara-negara maju atau negara-negara membangun yang lain.

_________________________________________________________

p/s : saya akan menerangkan tentang kelebihan dan kekurangan perniagaan forex atas talian ini di entry yang lain.





Monday, 1 May 2017

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?

BEKAM : MENGAPA HARUS BERBEKAM

Tubuh yang sehat dan otak yang cerdas adalah faktor penting dalam hidup seorang individu demi melaksanakan tanggung jawab kehidupan mereka.Tapi jika terlalu banyak kotoran/ toksid akan menyebabkan Statis Darah (Penyumbatan Darah), dimana sistem darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesehatan fisik maupun mental seseorang. Akibatnya seseorang itu akan merasa malas, murung, sering mengeluh kurang sehat, mudah bosan, dan selalu merasa tertekan.
Hal ini akan lebih parah lagi dimana seseorang akan terganggu emosinya, jika banyak terdapat angin dalam darah yang susah dikeluarkan sehingga perlu mendapat perawatan kejiwaan.
Dengan demikian Statis Darah harus dikeluarkan dengan cara apapun, hanya BEKAM yang dapat bertindak mengeluarkan toksid-toksid tersebut dengan cepat, agar tubuh kita tidak lemah dan mudah diserang berbagai penyakit.
Rasulullah SAW mengharuskan ummatnya berbekam dalam setiap bulan yaitu sejak tanggal 15 sampai tanggal 21 di bulan Qomariah, atau sekurang-kurangnya satu kali dalam seumur hidup. Manfaatnya berBekam yaitu membuang Darah kotor, meringankan tubuh serta menajamkan penglihatkan.

HAL-HAL YANG PERLU DIKETAHUI DALAM BERBEKAM
*Praktik Bekam harus melalui pelatihan formal danpraktikal yang mencukupi dengan bimbingan dari mereka yang telah berpengalaman atau ahli.
*Sebelum membekam orang lain rasakan dengan membekam diri sendiri.
*Bagi Pemula jangan sekali-kali melakukan bekam tanpa pengawasan dari seorang ahli.
*Sebelum melakukan Bekam lakukan Pemeriksaan Awal atau Diagnosa seperti tekanan darah, denyut nadi, wajah, lidah, tangan, dsb
* Obat-obatan yang telah dan sedang dikonsums ioleh pasien kronis juga perlu dijelaskan supaya tidak timbul masalah sewaktu dibekam.

PERALATAN BEKAM
Pada Zaman Rasulullah, beliau menggunakan kaca yang berupa cawan atau mangkok tinggi.
Pada zaman China kuno mereka menyebut Bekam sebagai “Perawatan Tanduk” karena tanduk menggantikan kaca.
Pada kurun abad 18 orang-orang Eropa menggunakan Lintah sebagai alat berbekam.

Ada juga yang menggunakan gelas atau buluh, tetapi tekhnik ini memerlukan api untuk menguapkan alat-alat tadi untuk mendapatkan keadaan vacum.
Hari ini peralatan Bekam yang digunakansesuai dengan perubahan zaman yang bertekhnologi tinggi dan diakui oleh para Dokter di rumah sakit.
ORANG YANG TIDAK BOLEH DIBEKAM
*Orang yang dalam keadaan kenyang perutnya,karena darah sedang berada di pencernaan dan bekerja mencerna makanan, bila dilakukan pembekaman akan berakibat pusing bahkan pingsan.
*Orang yang kondisi tubuhnya kekurangan Cairandan Darah, secara fisik kelihatan sangat kurus dan lemah.
*Orang yang kekurangan energi, bila dilakukanpembekaman akan terasa pusing dan sesudah dibekam akan terasa tidak nyamanbahkan sakit-sakit dari pembekamannya.

TITIK-TITIK YANG DILARANG DIBEKAM
* Lubang-lubang alami seperti Mata, Hidung, Payudara, Anus.
* Pada kulit yang terkena iritasi.
* Vena yang terkena Varises
* Pada persendian, karena ada cairan pelumas sendi yang dapat tersedot bila dibekam.
* Pada titik yang sama selama kulitnya belum sembuh dan siap dibekam lagi.
*Pada Kulit yang terkena Infeksi berat.
WAKTU BERBEKAM YANG BAIK
Diriwayatkan oleh Abu Hurairohr.a Nabi SAW bersabda :
” Barang siapa berBekam pada 17,19 dan 21 hari bulanHijriyah, maka hari itu adalah hari-hari yang menyembuhkan penyakit”
Perintah Nabi untuk berbekam pada pertengahan bulan disebabkan oleh karena pada saat itu darah sedang bergejolak dan darah tambah banyak akibat dari Gaya Garvitasi Bulan terhadap Bumi saat bulan Purnama. Jika diawal bulan darah belum bergejolak, sedangkan di akhirbulan darah sudah mulai berkurang.
Yang Utama didalam membekam berilah sentuhan-sentuhan ILLAHIYAH serta memohon kesembuhan kepada ALLAH SWT semata, karena berbekam seperti juga memakan obat merupakan suatu ikhtiar atau kaidah pengobatan, sedangkan Kesembuhan adalah MUTLAK hanya ALLAH SWT yang bisa memberikan.
“Dan apabila aku sakit, makaDIA-lah yang menyembuhkannya” (QS Asy Syuraa : 80)

BEKAM SEBAGAI TERAPI & PENGOBATAN
Sampai saat ini di belahan dunia manapun belum ditemukan penawar untuk mengobati MIGRAIN, namun dari banyak kasus Migrain yang saya tangani dengan berBEKAM migrain yang sering dirasakan bisa hilang bahkan tuntas tidak pernah dirasakan lagi.
Salah satu penyakit Modern adalah kelebihan muatan Listrik di Otak, yang menyebabkan seseorang terkena penyakit EPILEPSI. Pengobatan Modern akan memberikan dosis anticonvulsants atau antiepileptics secara bersamaan, ketika kedua obat tersebut tidak dikonsumsi maka penyakit epilepsinya akan datang kembali. Namun dengan berBekam penyakit itu akan mampu dihilangkan hingga tuntas.
Penyakit Lainnya yang cukup banyak diderita saat ini adalah Darah Tinggi atau Hypertensi dimana pada kondisi yang sangat parah dengan tekanan darah diatas 200 penderita ini sangat merasakan kesakitan yang sangat, kepala terasa mau pecah, mata panas seperti akan meloncat keluar, telinga berdenging tidak karuan.
Dengan pengobatan Modern penderita ini hanya akan diberikan Obat Pengencer darah dan antibiotik, namun kerja obat tersebut sangat lambat dalam 3 hari sampai seminggu penderita Hypertensi ini hanya merasakan sedikit lebih enak dan rata-rata tekanan darahnya hanya turun sedikit antara 190-180, namun dengan berBekam penderita Hypertensi inibisa langsung merasakan khasiatnya begitu selesai pembekaman, karena sumbatandarah yang ada bisa terbuang berbarengan dengan racun yang mengendap di dalam tubuhnya, suatu hal yang luar biasa tekanan darah pun bisa sangat drastis turunnya, dari sekian puluh kasus hypertensi yang saya tangani sebelum dibekam pasien dengan tensi 190-240 bisa turun langsung menjadi normal di 120-140……Amazing….SUBHANALLAH !!
Oleh sebab itu semua, masihkah kita meragukan akan Manfaat dan Khasiat Bekam yang merupakan Sunnah Rasulullah SAW yang secara langsung dicontohkan oleh Beliau sendiri.
Saatnya kita kembali ke SUNNATULLAH untuk meningkatkan KEIMANAN dan KESEHATAN diri kita sendiri,karena TUBUH kita pun punya HAK mendapatkan yang TERBAIK secara ILLAHIYAH, ALAMIAH dan ILMIAH.
Semoga ALLAH meBERKAHi orang-orang yang beBEKAM………Amin !!!

SET DAPUR KAMBING GOLEK UNTUK DISEWA.

SET DAPUR KAMBING GOLEK UNTUK DISEWA. . RM200 SEHARI Kegunaan Dapur untuk : - kambing - daging - ayam - seafood ( uda...