Entry kali ni adalah untuk orang yang nak belajar memasak dengan cara yang paling simple, murah, mudah tetapi sedap yaaaaa amatttt.....
Disini aku senaraikan barangan asas yang wajib ada disetiap rumah :
1. Sos Tomato
2. Sos Cili
3. Sos Tiram
4. Rempah Tumis
5. Garam
6. Gula
7. Bawang Putih
8. Bawang Besar
9. Halia
10. Serbuk Kunyit
11. Cili Padi
12. Minyak Masak
Bahan2 asas ini sama sahaja tak kira samada di restoran2 atau dikedai2 makan biasa. Beza cuma pada jenama yang digunakan.
Setiap masakan tidak akan dapat lari dari menggunakan bahan asas tersebut. Dari nasi goreng, mee goreng, masak tiga rasa, masak merah, sup, kari atau apa sahaja yang biasa kita jumpa di kedai2 makan, ini lah juga bahan asasnya.
Jika kita memiliki bahan2 asas ini, bermakna didalam rumah kita sudah ada kedai makan sendiri.
Memasak ini simple. Dalam masakan cuma perlu ada rasa PEDAS, MASAM & MANIS yang seimbang.
Baiklah, dengan menggunakan bahan2 diatas, aku kongsikan satu resepi dulu.
Ikan Siakap Masak Merah Bermadu.
Saiz Hidangan : 5 orang
Kos : RM15
Masa Penyediaan : 20 minit
Bahan-bahannya :
1 ekor ikan siakap saiz sederhana ( 600 gram ) - dibersihkan dan digoreng
Rempah Tumis
Halia 2 inci
Bawang Putih 1 biji
Bawang Besar 2 biji
Cili Boh 3 sudu
Sos Tomato 5 sudu
Gula 2 sudu
Minyak Masak
Cara Penyediaan :
Kisar kesemua bahan kecuali minyak, rempah tumis dan ikan...hihihihi
Panaskan minyak dan masukkan kesemua bahan kisar dan rempah tumis.
Tumis sehingga agak pekat.
Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
Curahkan keatas ikan yang digoreng tadi.
Siap untuk dihidang.
Mudah Bukan ??
Kalau nak poyo dan acah2 terer masak untuk ambik gambar dan post dalam FB hias la cantik2 sikit. Letak hirisan bawang besar. Letak hirisan limau nipis. Letak potongan daun sup dan daun ketumbar. Potong lada besar sikit dan susun ikut kretif.
Ikan tu pulak tak semestinya ikan siakap. Boleh jee nak guna ikan kembung ke, selar ke, talapia ke, udang & sotong pun boleh....toksah kalut.
Alaaaa Ahmad Maslan boleh je susun timun keliling kuali masa goreng nasik...tak kan korang tak boleh kot....hahahahah
Mana datang bermadu tu..?
Alaaahhh... tu eksen je...mana ada orang masak letak madu...asal manis sikit je dah cakap bermadu...padahal gula je....korang semua dah kene tipu dengan kedai makan sebenarnya...hahahaha
Ok selamat mencuba.
Jangan lupa LIKE page FB - Kambing Golek Batu Pahat yea....daaaaaaaa!
No comments:
Post a Comment