Simpul Biawak atau juga dikenali sebagai Tarik Bengkarung ini biasa terjadi pada waktu apabila kita terjaga dari tidur dan membuat renggangan ( mengeliat ). Rasa sakit dan tegang ini akan dirasai pada bahagian betis samada kanan atau kiri atau kedua2 belah kaki.
Ia juga boleh berlaku pada bahagian lain tubuh seperti tengkuk, belakang rusuk atau belikat tetapi tidaklah sekerap seperti bahagian betis.
Ia juga boleh berlaku pada bahagian lain tubuh seperti tengkuk, belakang rusuk atau belikat tetapi tidaklah sekerap seperti bahagian betis.
Apa puncanya?
Menurut Dr. Zubaidi Ahmad
kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam
pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot
berkenaan. Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran
darah ke otot berkenaan.
Sebenarnya berpunca daripada
dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan
karbohidrat. Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan
pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga
mencetuskan kekejangan.
Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi
sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan
berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke
kaki dan menghilangkan simptom tersebut.
Keadaan berkenaan boleh juga
diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.
Urutlah betis perlahan-lahan
menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak
pada hujung tapak kaki.
Sekiranya sakit berlarutan dan
bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini
mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot
menyebabkan ia berlarutan.
Kekejangan itu turut berlaku
kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada
bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu
tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.
Malah, tekanan rahim yang
membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian
kaki. Wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam
tempoh yang lama.
Cuba renggangkan otot kaki pada
siang hari dan sebelum tidur. Mereka juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi
pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah. Selain itu
pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.
Tuaman menggunakan ais juga boleh
melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot. Imbangan pemakanan dengan
pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga
adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
Petua Melegakan Simpul
Biawak/Tarik Bengkarung
1. Minum banyak air dan makan kacang
bergaram (Pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda).
2. Banyakkan makanan berpotassium
tinggi seperti pisang.
3. Banyakkan minum susu, beras
basmathi atau biskut bijan.
4. Tekan tapak kaki dan picit-picitkan
agar cepat lega.
5. Picit ibu jari kaki sekuat
hati untuk 60 saat. (pernah buat yang ni)
6. Picit bahagian pergelangan
kaki.
7. Tarik semua jari kaki.
8. Sapu minyak panas pada jari
kaki dan atas kaki (dekat tulang-tulang kaki).
No comments:
Post a Comment