BNM Tidak Beri Lesen FOREX
Seperti yang telah diketahui umum bahawa pihak Bank Negara Malaysia mahupun SC dan Bursa Malaysia tidak pernah mengeluarkan lesen untuk mana-mana syarikat atau individu didalam Malaysia untuk berdagang Tukaran Matawang Asing.
Jika ada pihak yang mendakwa mereka adalah Syarikat Malaysia yang menjalankan urusniaga Tukaran Matawang Asing terutama secara atas talian ( on line trading ) , maka berhati-hatilah.
Broker2 Forex yang ada di Malaysia ini kebanyakkannya berpengkalan di luar negara. Mereka tidak pernah berdaftar dan tidak mempunyai lesen untuk berdagang di Malaysia. Mereka adalah syarikat2 luar negara yang menjalankan operasi perdagangan secara on line dimana ia adalah perniagaan yang sah disisi undang-undang negara mereka.
Ringkasnya begini :
Abu membuka syarikat di Malaysia. Perniagaan Abu didaftarkan secara sah di Malaysia. Syarikat Abu juga menjalankan perniagaan atas talian yang sah disisi undang-undang Malaysia. Memandangkan perniagaan atas talian ini tidak mempunyai sempadan, sesiapa sahaja di dunia ini bebas berurusan seperti membeli dan menjual atau melabur didalam syarikat Abu, Mereka yang berurusan luar dari Malaysia ini di panggil Foreign Investor ( pelabur asing ). Mereka perlulah bersetuju dengan syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat Abu dan tertakluk atas undang-undang di Malaysia, bukan undang2 negara mereka.
Begitu juga dengan syarikat-syarikat forex atau lain-lain syarikat yang beroperasi secara atas talian yang beroperasi diluar negara. Perniagaan mereka adalah sah disisi undang-undang negara mereka ( jika menepati syarat2 nya ) .Walaubagaimanapun ini tidak menghalang orang luar dari berurusan dengan syarikat2 ini asal sahaja mereka bersetuju dengan syarat dan terma yang telah ditetapkan. Termasuklah rakyat Malaysia juga. Mereka ini ( rakyat Malaysia ) adalah foreign investor kepada syarikat luar negara tersebut.
Tetapi jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini ( seperti penamatan operasi misalnya ) rakyat Malaysia ini tidak berhak untuk mengambil tindakkan undang-undang kepada syarikat yang beroperasi di luar dari Malaysia sebab mereka bukan syarikat Malaysia dan tidak didaftarkan di Malayasi. Mereka tidak tertakluk atas undang-undang Malaysia. Mereka syarikat luar dan mereka hanya tertakluk dibawah undang-undang negara dimana syarikat mereka didaftarkan.
Memang benarlah BNM tidak pernah memberikan lesen Forex kepada mana-mana syarikat di Malaysia ini. Jika ada syarikat2 forex yang mendakwa mereka adalah syarikat forex yang sah di Malaysia, berhati-hatilah. Apa yang ada di Malaysia ini hanyalah wakil kepada syarikat2 forex tersebut.
Sebelum membuat sebarang pelaburan atau menyertai syarikat2 ini, pastikan mereka berdaftar secara sah di negara mereka. Mereka perlulah mempunyai lesen yang sah ( regulated broker ). Mempunyai ibupejabat operasi ( alamat syarikat yang sah ) dan di iktiraf oleh kebanyakkan negara didunia.
Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis broker2 haram yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi yang ada sekarang. Perniagaan dan pelaburan atas talian ini amat baru bagi rakyat Malaysia tetapi tidak bagi negara-negara maju atau negara-negara membangun yang lain.
_________________________________________________________
p/s : saya akan menerangkan tentang kelebihan dan kekurangan perniagaan forex atas talian ini di entry yang lain.
No comments:
Post a Comment