Perkongsian
Muhammad Yusof:
Hari ni aku
belajar sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup aku. Panjang sikit tapi aku
jamin ko takkan menyesal baca cerita aku ni.
Tadi masa
solat jumaat, oleh sebab parking dah penuh, aku parking kereta agak jauh sikit
daripada masjid.
Depan kereta
aku ada sebuah kereta kancil. Kancil jenis lama.
Bila aku
keluar daripada kereta nak menuju masjid, aku tengok ada seorang mak cik
tiba-tiba keluar daripada kereta kancil tu dan tolong bukakan pintu sebelah
kereta dia. Then, keluarlah seorang pak cik yang agak berusia daripada kereta
tu. Selepas bersalaman, mak cik tu pun masuk semula ke dalam kereta dan pak cik
tadi berjalan depan aku ke masjid.
Lepas abes
sembahyang, aku terus gerak ke kereta.
Masa balik
aku perasan mak cik tadi masih setia duduk dalam kereta yang enjinnya mati.
Bila tak buka enjin dah tentulah aircond tak buka ye tak? Dahlah cuaca hari ni
panas terik. Aku tengok mak cik tadi just buka tingkap luas bagi udara masuk
sambil tunggu suaminya abes sembahyang jumaat.
Aku terharu
betul dengan situasi yang berlaku depan mata aku ni.
Aku fikir
inilah dia yang dipanggil kebahagiaan hakiki dalam rumahtangga.
Ada orang
kata perempuan ni kan bila dia berkahwin, dia hilang semua yang dia ada time
dia bujang.
Masa bujang
dia ada ramai kawan-kawan nak pi hang out, tapi bila dia dah kahwin takde dah
dia fikir nak pi keluar dengan kawan-kawan dia yang ramai tadi tu.
Perempuan ni
bukan macam lelaki. Kalau lelaki malam-malam boring-boring, depa boleh pi
mengeteh, pi main futsal, pi memancing, pi karaoke.
Tapi
perempuan lain.
Bila seorang
perempuan berkahwin, kawan yang tinggal hanyalah suami dia.
Pada
suamilah mereka nak bercerita, nak berkongsi, nak bergurau, nak makan bersama,
nak gosip dan nak mengumpat rakan sekerja.
Kadang-kadang,
ada cerita yang dah 30 kali dorang cerita kepada suami depa tapi bila berbual
mereka akan cerita lagi cerita yang sama buat kali ke 31.
Tapi ada
suami yang tak berapa faham tentang benda ni.
Ada suami
yang acuh tak acuh je layan bini.
Bila bini
ajak berbual, suami buat layan tak layan je. Tapi bila sembang dengan
kawan-kawan punyalah meriah tak ingat dunia.
Suami-suami,
kita kena ingat isteri kita adalah separuh jiwa kita.
Kita memang
tak berapa nak rasa sebab kadang-kadang kita yang laki ni boleh tendang bola
atau pi memancing untuk realese tension kita.
Tapi
perempuan takde banyak benda yang dorang boleh buat untuk releasekan tension
dorang.
Sebab tu
bila dalam kereta, bila balik kerja, bila nak tidur, mereka cari kita nak
bercerita tentang apa yang mereka tak puas hati hari tu.
Pada mereka,
dengan bercerita pada suamilah, mereka dapat release segala yang terbuku dalam
jiwa dorang. Bila mereka dapat cerita dan luah, mereka rasa lega dan dapat
tidur lena malam tu.
Tapi perkara
ini, ramai suami yang terlepas pandang. Mereka fikir isteri mereka just
membebel je kat telinga depa.
Dan ramai
suami gagal jadi pendengar yang baik.
Kita selalu
baca kat pages-pages rumah tangga tentang keretakan rumahtangga sampai ada
isteri yang terang-terang tunjuk dalam fb, suami dia main kayu 3.
Ramai yang
salahkan si isteri yang sengaja membocorkan keaiban suami dorang tapi kalau
kita kaji puncanya bukankah yang salah ialah suami dia kan? Orang lebih
salahkan isteri, isteri nusyuzlah, derhakalah, tapi yang suami main kayu 3 tu
tak pulak dimentionkan salahnya.
Ada jugak
suami yang sebelum kahwin dengan seseorang perempuan tu, dia pandang bakal
isteri dia tu umpama bidadari syurga. Takde perempuan secantik bakal bini dia
tu. Tapi bila dah kahwin boleh pulak laki tu tengok semua perempuan lain lagi
cun daripada bini dia. Ini kadang-kadang adalah masalah sesetengah kaum suami.
Tapi
perempuan tak macam tu.
Bila dorang
dah kahwin dengan seseorang lelaki ni, tak kiralah hensem ke, tak hensem ke,
berharta ke, papa kedana ke, dalam kepala dorang dah set, itulah suami dia.
Sebab tu,
perempuan ni adalah makhluk Tuhan yang paling setia.
Kalau masa
mula-mula kahwin laki dia ada motor Demak je, itulah kenderaan yang mereka akan
naik sebab pada mereka dapat peluk suami time naik moto itulah kebahagiaan
mereka.
Ramai laki tak
sedar diri bila ada duit lebih sikit mereka nak kahwin sorang lagi. Cari yang
lebih muda. Tinggalkan isteri tua yang dah tolong dia sejak dari awal dia bina
kerjaya dan kehidupan dia. Ini satu lagi masalah kaum lelaki.
Pada aku
kan, perkahwinan ni bukan perkara suka-suka atau benda main-main. Janganlah
buat bini ko syakwasangka dengan ko.
Pada suami,
janganlah buat bini awak sangka buruk kat awak. Sembunyi-sembunyi henset, sorok
henset. Bini nak tengok henset, awak marah.
Semua suami
kena tahu yang bini dorang sayangkan dorang mengalahkan segala benda yang kat
dunia. Pada dorang kasih sayang tak boleh nak bahagi-bahagi. Sebab tu ramai
isteri yang mintak cerai kalau suami dia nak kahwin lain.
Oleh itu,
jadilah seorang suami yang pandai dan mithali.
Kalau bini
tak berapa nak cantik dan tak pandai bergaya, belilah kosmetik, eye shadow,
gincu, baju cantik-cantik, tudung Neelofa kat bini ko. Confirm dia boleh
tranform jadi lebih cantik daripada Janna Nick.
Kalau ko ada
duit lebih sikit belilah emas, beg LV atau apa yang orang perempuan suka,
confirm dorang senyum sampai telinga. Korang nak pi main futsal malam-malam pun
selamber je dapat lesen. Ini tak, asal bini ko nak beli handbag je ko kata membazirlah,
apalah tapi yang ko tu boleh pulak tukar sport rim kete setiap bulan.
Tapi itulah,
paling penting bagi suami, jangan just fikir nak bini ko cantik fizikal je.
Dalaman dorang pun ko kena kasi cantik jugak.
Sekali
sekala, jadilah imam kepada bini ko atau bacalah Yasin sama-sama. Sekali-sekala
bawaklah bini ko pi ceramah agama. Jadikanlah rumah korang umpama taman-taman
syurga asbab ko buat benda-benda baik ni. Nanti kalau contohnya ko pergi dulu
dah tentulah bini ko jugak kan yang akan doakan ko dalam kubur.
So, kisah
pak cik dan mak cik tadi buat aku terfikir.
Kebahagiaan
yang hakiki bukanlah just pada harta benda je tapi kebahagian yang hakiki ialah
bila suami dapat melengkapi isteri dan isteri dapat melengkapi suami. Itulah
kebahagiaan yang hakiki.
Tak mahukah
kita sama-sama berpegang tangan masuk ke dalam syurga sambil tersenyum
kebahagiaan bersama isteri kita?
.
.
.
No comments:
Post a Comment