.
.
.
Sila saman saya Tuan, saya bersalah!
Tekanan kehidupan ada setiap hari, ia tidak perlu dicari-cari. Hidup ini memang padang ujian buat kita semua. Tetapi hanya insan yang berfikir dan bertindak akan menemui solusi.
Bercerita tentang kisah peniaga jalanan disaman Pihak Berkuasa Tempatan bukanlah perkara baru. Sebagai seorang usahawan yang memang ‘lahir dan belajar’ di jalanan, perkara begini kita sudah lali.
Hakikatnya semua orang mempunyai alasan dan pilihan tersendiri untuk memilih lokasi menjual. Di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam, ‘street staller’ menjadi tarikan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Siapa biasa ke sana, pasti tahu keadaanya.
Di Malaysia tercinta, peraturannya berbeza mengikut lokasi. Berikut ialah nasihat saya kepada peniaga jalanan seperti saya.
1. Pilih lokasi yang menjadi tumpuan orang lalu lalang untuk berniaga. Di mana ada orang, di situ ada wang!
2. Jual benda mudah dibawa dan mudah disediakan. Contohnya air soya dalam botol, jus delima perah dalam botol, kuih muih, nasi lemak, keychain dan sebagainya.
3. Sekiranya meja jualan perlu dibuka dan ditutup selalu, pastikan meja ada roda dan mudah disimpan.
4. Sebelum mula menjual, tengok kiri dan kanan, atas dan bawah. Jangan lupa baca bismillah dan jual sajalah.
5. Sekiranya ada penguatkuasa datang kepada kita, mohon senyum dan jangan melawan. Sebaliknya berkata begini, ” Assalamualaikum Tuan, dah makan ? Saya ada buat salah ke Tuan ?”.
6. Ego manusia yang berunifom ni memang tinggi sikit sebab dia sedang bertugas. Tapi kalau pandai ambil hati, dia senyum juga. Paling tidak, dia beli juga air soya kita sebab haus!
7. Sekiranya diberikan saman, ambil sajalah! Jangan pula kita berteriak mahu melawan. Jangan maki hamun dan keluarkan kata kesat. Dia buat kerja dia.
8. Psssttt! Saman baru berapa ringgit bagi kesalahan menjaja di jalanan. Untung berniaga sehari pun boleh cover lah kalau pandai merayu!
9. Tanya penguatkuasa tadi dengan baik, ” Tuan, maaf saya mohon bertanya. Kalau berniaga di sini tak boleh, boleh tunjukkan saya di mana lagi saya boleh ?”.
Credit to :
Tuan Ikram al Banjari
Tuan Ikram al Banjari
No comments:
Post a Comment